Apa itu Rasuah?

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan boleh berlaku dalam bentuk wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah atau diskaun.

Rasuah (daripada Bahasa Arabرشوة ) merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi suapan.
Sebagai contoh, seorang pelajar telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pensyarah kerana telah meluluskan kerja kursusnya.

Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu: -
  1. Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
  2. Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
  3. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
  4. Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009]


Gagal Melapor
1. Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah 
  • Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009
  • DENDA     : Tidak lebih RM100,000  
  • PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali  
2. Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan
  • Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009
  • DENDA     : Tidak lebih RM10,000 
  • PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali 

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.

Sebab gejala rasuah berlaku:-
v  Kurang didikan agama dan moral
Semua agama menyeru kita mementingkan kebaikan dan melarang kemudaratan. Seseorang mudah terpengaruh dengan dunia hedonistik yang mementingkan aspek kebendaan semata-mata jika tiada didikan agama dalam kehidupan.

v  Kurang ketelusan dalam  sistem pentadbiran kerajaan kita
Ramai pekerja awam mengambil kesempatan apabila kerajaan kita tidak memiliki satu sistem yang telus dan juga ketiadaan sistem permantauan berkesan.


v  Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
Kekurangan ketegasan sistem kehakiman dan akibatnya tindakan mahkamah yang menjatuhkan hukuman ringan kepada pesalah-pesalah rasuah. Terdapat juga pihak yang melakukan rasuah tidak dibawa ke muka pengadilan.

Kesan gejala rasuah:-
L  Menjejaskan imej negara
L  Melumpuhkan sistem dalam organisasi
L  Melemahkan sistem pemerintahan
L  Mengganggu ekonomi negara
L  Merendahkan harga diri
L  Mengancam keselamatan rakyat & Negara
L  Berlaku ketidakadilan dalam masyarakat



Cara-cara untuk menangani gejala rasuah:-
ü  Kerajaaan haruslah menguatkuasakan undang-undang, (cth: hukuman/ denda yang berat)
ü  Media massa menimbulkan kesedaran tentang keburukan gejala rasuah
ü  Penganjuran kempen kesedaran mengenai keburukan gejala rasuah
ü  Penubuhan Surunhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
ü  Penerapan nilai-nilai murni dalam hati anak murid sejak mereka kecil lagi
ü  Didikan agama yang mencukupi


KESIMPULAN
    Tuntasnya, semua pihak tidak kira pangkat atau harta, kita mestilah bersatu dan menggembleng tenaga untuk memastikan gejala rasuah yang berjangkit ini dapat diatasi. Bak kata pepatah ’Mencegah itu lebih baik dari mengubati’. Rasuah juga terjadi disebabkan faktor dalaman dan luaran. Rasuah juga berlaku di mana-mana sahaja tanpa batas waktu dan tempat. Pihak berkuasa terutamanya perlu mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala ini kerana umum diketahui, ramai pihak berkuasa menerima rasuah dan tidak amanah melaksanaknan tugas dan tanggungjawab. Saya berharap agar amalan rasuah ini dapat dibanteras hingga ke akar umbi. Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa mesilah saksama dan bukan sekadar terhadap golongan “ikan bilis” tetapi juga terhadap golongan atasan. Mereka yang bersalah wajar dikenakan hukuman yang berat kerana mereka telah  telah menconteng arang kepada negara kita.

REFLEKSI
    Sebelum membuat blog ini, pengetahuan ahli kumpulan kami tentang rasuah amatlah terhad dan tidak memahami secara mendalam tentang gejala rasuah ini. Dalam proses pencarian sumber maklumat untuk tugasan ini, kumpulan kami telah menghadapi pelbagai masalah dan rintangan tetapi kami semua telah berganding bahu dalam menyelesaikan masalah. Selepas melaksanakan tugasan ini, kami semua dapat mempelajari bahawa amalan rasuah merupakan penghalang negara Malaysia untuk mencapai wawasan 2020, menjejaskan ekonomi negara, meruntuhkan sistem pentadbiran negara kita. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia haruslah mengambil peranan dan tanggungjawab bersama untuk membanteras gejala rasuah supaya ekonomi negara kita dapat berkembang dengan pesat.

BIBLIOGRAFI
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
           Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kaladevi a/p Arumugam, Chang Keng Ling, Napisah Binti Muhammad. (2003). Buku
Teks Pendidikan Moral Tingkatan 5. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pusaka.

Scribd. (1 Februari 2017). Karangan Rangsangan Kesan-Kesan Vandalisme

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (8 Mac 2018). Kenali RasuahDiperoleh daripada                          

Wikipedia Ensiklopedia Bebas. (14 Februari 2018). Rasuah. Diperoleh daripada

Comments